𝐌𝐞𝐧𝐣𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐓𝐮𝐚𝐧𝐤𝐮

28 November 2025
12:00 AM
Pelangai, Pahang
𝐌𝐞𝐧𝐣𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐓𝐮𝐚𝐧𝐤𝐮
Berita Pelangai

Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli ke Restoran D’Permai, Karak, sebentar tadi. Santun baginda menyapa rakyat jelata sentiasa menjadi dambaan dan kebanggaan seluruh warga negeri Pahang.
Selesai bertemu dan beramah mesra, baginda kemudian berangkat menunaikan Solat Jumaat di Masjid As-Salam, Karak. Semoga negeri Pahang terus diberkati Allah SWT.
Patik dan seluruh rakyat Pahang amnya dan Bentong khususnya senantiasa mendoakan kesejahteraan dan kerahmatan Tuanku terus bersemayam memimpin negeri Pahang Darul Makmur.
Daulat Tuanku.
𝗣𝗔𝗛𝗔𝗡𝗚𝟭𝘀𝘁
𝗠𝗔𝗝𝗨 𝗧𝗘𝗥𝗨𝗦 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗡𝗚
𝟮𝟴 𝗡𝗢𝗩𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟱